Monday, December 20, 2010

Soalan 1 SPM 2010

1(a)

Masalah ekonomi yang dihadapi kerajaan ialah kekurangan kewangan keranan peruntukan hanya RM4 juta berbanding dengan peruntukan bagi melaksanakan kedua-dua projek sekali gus.( 2m)

Bagi menyelesaikan masalah kekurangan, kerajaan perlu membuat pilihan sama ada untuk membina projek tebatan banjir sunga Pari atau pun Kompleks Sukan Komuniti Taiping. (2m)

Pilihan yang dibuat kerajaan adalah berdasarkan kepada memaksimumkan kebajikan rakyat. Jika kerajaan memilih untuk membina Tebatan Banjir Sungai Pari, maka kos lepasnya ilah Kompleks Sukan, iaitu projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan. (2m)

1(b)(i)
Sistem ekonomi di negara asal Martina ialah sistem ekonomi sosialis atau perancangan Pusat (1m)

(ii) Sistem Ekonomi di negara Noor ialah sistem ekonomi kapitalis yang mana penentuan harga barang dan perkhidmatan ditentukan oleh mekanisme harga atau oleh permintaan dan penawaran. Manakala di negara Martina oula ditentukan oleh kerajaan. (2M0

Sistem ekonomi di negara Noor, pihak pengeluar bebas membuat keputusan barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Manakala di negara Martina, keluaran ditentukan oleh kerajaan. (2m)

Motif pengeluaran di negara Noor adalh untuk memaksimumkan keuntungan, manakalah motif keluaran di negara Martina untuk kebajuikan rakyat. (2m)

1(c)(i)

(a) Harga purata 2007 = 100 + 300 di bahagi 2 (sebab hanya dua barang X dan Y)
= 400/2
= 200


(b) Upah benar 2009 = 5000 dibahagi dengan harga purata 2009 (160 + 400 dibahagi 2)
= 5000/280
= 17.857

(ii) Upah benar tahun 2007 ialah 20 lebih besar berbanding upah benar 2009 17.857.


(d)
Potongan wajib terdiri daripada :-
- KWSP iaitu potongan dari gaji bulanan pekerja untuk tujuan simpanan hari tua pekerja. Biasanya 11% dipotong dari gaji pekerja. (2m)

- Cukai pendapatan merupakan sejumlah cukai yang dikenakan oleh kerajaan yang tidak dapat dielakkan oleh pembayarnya apabila terdapat lebihan wang setelah dipotong dengan pelepasan2 cukai. (2m)

- Zakat merupakan bayaran yang dikenakan terhadap orang2 Islam yang mana pendapatannya mencukupi nisabnya. 2.5% dari jumlah pendapatan tahunannya wajib untuk zakat. (2m)

No comments: