Wednesday, December 22, 2010

Soalan 3 SPM 2010

3 (a) Berpandukan rajah keseimbangan pasaran.

(i) Pada harga RM30, kuantiti permintaan ialah 10 unit, manakala kuantiti yang
ditawarkan sebanyak 45 unit.
(ii) Pada tingkat harga RM10 berlaku lebihan permintaan sebanyak 30 unit.
(iii) Pada titik E berlakunya keseimbangan pasaran, iaitu pada tingkat harga
RM20. Pada tingkat harga ini kuantiti yang diminta sama dengan kuantiti
yang ditawarkan sebanyak 30 unit.

(b) Permintaan kereta import akan jatuh sebagai akibat dari ketidakseimbangan
antara permintaan dan penawaran.
Pelaksanaan skim ini akan menyebabkan pembeli beralih kepada kereta tempatan
berbanding kereta import.
Penawaran yang lebih berbanding permintaan bagi kereta import akan mendorong
kejatuhan harga.

(c) Logo tersebut adalah logo Bank Negara Malaysia.

Fungsi Bank Negara Malaysia selaku bank pusat ialah :-
- Mengeluarkan matawang negara, wang syling dan wang kertas.
- menjadi jurubank kepada kerajaan iaitu mengurus akaun negara,
membuat bayaran bagi pihak kerajaan, mengurus hutang negara,
menyediakan pendahuluan sementara kepada kerajaan dan mengurus
pertukaran asing bagi pihak kerajaan.
- menjadi jurubank kepada bank-bank perdagangan sebagai penjaga rizab
tunai dan rizab berkanun bank perdagangan, menyelaraskan hutang antara bank,
sebagai sumber pinjaman terakhir bank-bank perdagangan.
- Mengawal kestabilan nilai wang dgn memastikan nilai RM sentiasa kukuh.
Bank pusat juga akan mengawal inflasi dan deflasi yang berlaku dalam negara.


(d) Tiga cara intitusi kewangan bukan bank menerima deposit dari orang ramai
ialah :-
- Akaun simpanan dan akaun simpanan tetap di Bank Simpanan Nasional.
- Premium insurans bagi pelanggan yang membeli polisi insuran dari
syarikat2 insurans
- Caruman KWSP iaitu simpanan wajib pekerja untuk hari tua.

No comments: