Thursday, February 25, 2010

Monday, February 22, 2010

Koleksi SoalanSPM Kertas 1

Koleksi soalan-soalan SPM bagi kertas I Ekonomi Asas boleh dimut turun melalui ULR di bawah.

http://www.ziddu.com/download/8694910/SPMK1.rar.html

Saturday, February 20, 2010

STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA

Struktur ekonomi bermaksud aktiviti-aktiviti pelbagai sektor ekonomi yang menyumbangkan kepada kepada pendapatan negara dan guna tenaga.

Lazimnya ssekotr eknomi dipecahkan kepada tiga sektor; sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

Sektor utama ialah kegiatan ekonomi yang berasaskan kepada hasil bumi sama ada di darat atau di laut. Contohnya pertanian, perlombongan, penternakan, perikanan dan pembalakan.

Sektor kedua ialah kegiatan ekonomi yang berfokus kepada pemprosesan bahan mentah atau pembuatan. Ia tergolong ripada sekotr perindustrian dan pembuatan. Sektor ini juga dikenali sebagi sektor hiliran.

Sektor ketiga ialah kegiatan yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti kegiatan borong dan runcit, perbankan, insurans, komunikasi, promosi dan pergudangan.


Perubahan struktur ekonomi Malaysia :

Dibahagikan kepada dua period masa, iaitu sebelum merdeka dan selepas merdeka. Perubahan struktur ekonomi Malaysia selepas merdeka dilihat setiap satu dekad.

Sebelum merdeka :
- Ekonomi bergantung pada sektor utama seperti penanaman getah dan perlombongan bijih timah.
- Barang-barang pengguna kebanyakan diimport dari barat.

Selepas Merdeka :-

1960an
- Dasar mempelbagaikan ekonomi diperkenalkan.
- Dasar penggantian import diperkenalkan.
- Akta Galakan Pelaburan diwujudkan.
- Industri berasaskan eksport dilaksanan.

1970an
- Industri berorientasikan eksport dilaksanakan.
- Sumbangan sektor pertanian kelapa sawit meningkat.
- Sumbangan getah dan bijih timah semakin merosot.

1980an
- Dasar pelaksanaan industri berat mula dilaksanakan.
- Sumbangan industri elektronik dan elektrik menjadi penting daripada segi pendapatan eksport negara.
- Sumbangan pertanian getah semakin merosot.

1990an
- Tumpuan diberikan kepada sektor kedua dan ketiga.
- Perkembangan teknologi maklumat dengan wujudnya koridor raya multimedia.
- Teknologi berasaskan k-ekonomi
- Eksport berasaskan "pengetahuan"