Thursday, September 30, 2010

Soalan 1 Percubaan 2010

(a) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah negara

" Kekurangan faktor-faktor pengeluaran menyebabkan firma-firma terpaksa mengurangkan kuantiti pengeluarannya. Kerajaan pula terpaksa menangguhkan dua projek penting akibat kekurangan sumber hasil"

Bagaimanakah unit-unit ekonomi di atas menyelesaikan masalah tersebut. [6m]

Jawapan :
(a) Kekurangan faktor pengeluaran menyebabkan firma terpaksa membuat pilihan. Barangan yang dapat memberi keuntungan maksimum akan menjadi pilihan firma. Kesan daripada pilihan ini adalah kos lepas.

Bagi kerajaan, kekurangan yang dihadapinya ialah kekurangan sumber hasil cukai bagi melaksanakan projeknya. Oleh itu, kerajaan terpaksa membuat pilihan projek manakah yang dapat memberi kebajikan maksimum kepada rakyat. Kesan dari pilihan ini wujudlah kos lepas.
Contohnya kerajaan tidak dapat membina jambatan kerana memilih untuk membina pusat kesihatan. Jadi kos lepas pusat kesihatan ialah jambatan yang tidak dapat dibina.

(b) Gambar di bawah menunjukkan sejenis barang dalam ekonomi.




(i) Apakah jenis barang tersebut. [1m]
(ii) Jelaskan tiga ciri barang di 1 (b) (i) [3m]

Jawapan :
(i) Barangan di atas adalah barangan ekonomi.

(ii) Ciri-ciri barangan ekonomi ialah penawarannya terhad. Ini bermakna hanya mereka yang ada kuasa beli sahaja yang dapat memperolehinya/ ianya perlu dibayar. Wujud kos lepas untuk menghasilkannya. Dikeluarkan oleh firma.

(c) Maklumat berikut berkait dengan sistem ekonomi sebuah negara.

* Kaedah yang cekap digunakan oleh firma untuk meminimumkan kos.
* Kerajaan campurtangan bagi menjaga kebajikan rakyat.

Bagaimanakah sistem ekonomi negara tersebut menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut :

(i) Berapakah hendak dikeluarkan [2m]
(ii) Untuk siapa dikeluarkan [2m]

Jawapan :

(i) Sistem eknomi tersebut ialah sistem ekonomi campuran. Individu dan firma bebas membuat pilihan dan keputusan, manakala kerajaan berperanan membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dari persaiangan bebas.

Dalam sistem ekonbomi campuran, firma menyelesaikan masalah berapa hendak dikeluarkan berpandukan kepada permintaan masyarakat. Kerajaan akan mengeluarkan barangan yang tidak mencukupi atau tidak dapat dikeluarkan oleh firma swasta.

Firma menyelesaikan masalah untuk siapa berdasarkan agihan pendapatan atau kepada mereka yang ada kuasa beli. Manakala kerajaan akan menyediakan barangan awam atau barang yang tidak mencukupi di pasaran demi kebajikan rakyat.


(d) Maklumat berikut adalah berkaitan Hanis

"Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, beliau telah memilih untuk bekerja di syarikat Srimas sebagai pereka fesyen . Bagi menambahkan pendapatan beliau menabung dalam akaun simpanan tetap di bank perdagangan dan membeli sahan ASB."

(i) Terangkan tiga faktor yang mungkin mempengaruhi pemilihan pekerjaan tersebut. [6m]
(ii) Huraikan dua cara lain yang boleh dilakukan Hanis untuk menambahkan pendapatannya. [5m]

Jawapan :

(i) Faktor pemilihan pekerjaan
- Upah wang atau gaji
- Faedah sampingan seperti kemudahan rekreasi, perubatan, tempat tinggal dsb.
- Lain-lain sperti minta, pengaruh keluarga, jarak dari tempat kerja dsb.

(ii) Dua cara lain Hanis menambahkan pendapatan ialah dengan memulakan perniagaan bagi mendapat pendapatan berupa untung. Membeli harta tetap seperti rumah atau tanah untuk disewakan.




Soalan 2 Percubaan 2010

(a) Encik Hanif ialah seorang kakitangan kerajaan. Beliau mempunyai seorang isteri dan seorang anak yang belum bersekolah. Berikut ialah maklumat kewangan bulanan Encik Hanif pada tahun 2008

* Klik pada rajah berikut untuk besarkannya.


Jawapan :


(b) Berikut dua perbezaan di antara keperluan dan kehendak individu. [4m]

Jawapan :

Keperluan adalah sama untuk setiap manusia. Manakala kehendak berbebeza mengikut tingkat pendapatan individu.

Keperluan individu terhad kepada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Manakala kehendak sukar untuk dipuaskan dan tidak terhad sifatnya.

(c) Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara dua shabat.



(i) Cadangkan dua cara yang sesuai boleh membantu Encik Satria mencapai hasratnya. [4m]

Jawapan :

Cara sesuai boleh membantu Encik Satria mencapai hasratnya ialah dengan menabung atau menyimpan wang di bank perdagangan. Simpananya akan mendapat ganjaran berupa faedah.

Beliau juga boleh menyimpan di Lembaga Tabung Haji dengan mendapat pulangan dalam bentuk dividen.

Atau

Simpan di BSN juga akan dapat pulangan berupa faedah.

ATAU

Simpan di syarikat kewangan juga akan mendapat pulangan dalam bentuk faedah.

ATAU

Beli polisi insurans dan akan medapat bayaran dalam bentuk faedah.
(ii) Terangkan dua tujuan lain Encik Adukan meminjam. [4m]

Jawapan :

Tujuan lain Encik Aduka meminjam disebabkan untuk menampung perbelanjaan semasa. Pinjaman juga dibuat encik Aduka mungkin untuk menghadapi kecemasan atau untuk membeli barang tahan lama dan harta benda.



(d) Jelaskan perbezaan perubahan dalam kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [4]

Jawapan :

Perubahan kuantiti yang diminta bermaksud perubahan kuantiti disebabkan oleh harga barang itu sendiri. Perubahan kuantiti berlaku pada keluk permintaan yang sama. Manakala perubahan permintaan bermaksud perubahan kuantiti disebabkan oleh faktor-faktor selain dari harga barang itu sendiri. Perubahan permintaan mungkin disebabkan perubahan harga barang pengganti atau penggenap, perubahan musim dsb. Perubahan permintaan digambarkan oleh pergerakan dari satu keluk permintaan ke keluk permintaan yang lain.


(e) Jadual di bawah menunjukkan kesan ke atas kuantiti diminta bagi tiga jenis barang apabila harganya meningkat sebanyak satu peratus.





Tafsirkan pekali keanjalan harga permintaan bagi barang P, Barang Q, dan barang R. [5m]

Jawapan :

Nilai pekali barang P ialah 3 bermakna ianya adalah anjal. Peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada perubahan harga.

Barang Q anjal sama satu. Ini bermakna peratus kejatuhan harga sama dengan peratus perubahan kuantiti yang diminta.

Barang R tidak anjal kerana pekalinya kurang daripada satu. Ini bermakna peratus perubahan kuantiti lebih kecil dari peratus perubahan harga.

Wednesday, September 29, 2010

Download Kuiz Ekonomi Asas Tingkatan 4 & 5

Para pelajar boleh download file quiz di bawah ini .

1. http://www.filefactory.com/file/b3b82b0/n/Quiz_Eko_Asas.rar


ATAU

2. http://www.4shared.com/dir/gQODXzLB/sharing.html

ATAU

3. http://www.easy-share.com/1912501557/Quiz Eko Asas.rar


Copy (ctrl C) mana-mana address website di atas dan paste (ctrl V) pada ruang search dalam internet browser anda.

Sekian TQ

Tuesday, September 28, 2010

Soalan 3 Percubaan SPM 2010

*Klik pada imej untuk besarkannya.

3. (a) Jadual 2 menunjukkan kos pengeluaran suatu firma



(i) Hitungkan R, S,T dan U [2m]
(ii) Jelaskan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos purata dan kos sut. [6m]

Jawapan :

(i) R = 18, S = 61, T = 6, U = 19

(ii) Kos purata - keluaran 0 hingga 4 unit kos purata menurun. Kos purata menjadi minimum pada keluaran ke 4. Kos purata terus meningkat selepas keluaran ke 4.

Kos sut - Keluaran 0 hingga 3 unit kos sut menurun dan sampai ke tahap minimum pada keluaran ke 3. Selepas keluaran ke 3 hingga ke 8 kos sut terus meningkat.


(b)

Huraikan dua faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran dari S1S1 ke S2S2. [4m]

Jawapan :

* mana-mana dua dari berikut

F- Harga barang pengganti/penggenap
H- Harga barang pengganti naik/ harga barang penggenap jatuh.

H- Harga faktor pengeluaran naik/kos pengeluaran meningkat.
F- Contoh.

F- Tingkat Teknologi
H- Produktiviti semakin efisyen

F-Jangkaan harga masa hadapan
H- Jika harga gula akan jatuh

F - Matlamat pengeluaran
H - memaksimumkan jualan



(c) Jadual 3 menunjukkan kuantiti diminta dan ditawarkan buruh pada pelbagai tingkat upah.



(i) Dengan menggunakan skala 2cm : RM20 pada paksi upah dan 2cm : 20 orang pada paksi kuantiti, lukiskan keluk keseimbangan pasaran buruh. [5m]

(ii) Berdasarkan keluk di (c) (i), jelsakan keadaan yang berlaku pada upah RM40 dan upah RM100. [4m]

(d) Berikut adalah iklan komputer di pasaran (klik pada imej untuk besarkan)




Treangkan fungsi wang dalam iklan tersebut [4m]

Jawapan:

F- Alat ukuran nilai
H- Nilai barang ditentukan dalam nilai RM 1 500.

F- Alat bayaran tertunda
H- Membolehkan bayaran dilakukan secara ansuran.

Sunday, September 26, 2010

Soalan no. 4 Percubaan SPM 2010

(a) Huraikan dua jenis perkhidmatan pembayaran yang diseediakan oleh bank perdagangan. [6m]

Jawapan :

Fakta 1 - Draf Bank
Huraian - Cara kiriman wang di dalam/ keluar negara
- Menjelaskan pembayaran kepad pihak ketiga
- dikeluarkan atas arahan pelanggan

Fakta 2 - Perintah sedia ada
Huraian - Pemegang akaun semasa/tabungan mengarahkan bank membuat bayaran tetap. -seperti bayaran sewa dan premium insurans.

Fakta 3 - Pindahan kredit
Huraian - Bayaran terus ke dalam akaun semasa atau akaun tabungan.
- Kemudahan untuk pemegang akaun semasa dan akaun tabungan.
- Lazimnya untuk bayaran gaji pekerja.

Fakta 4 - Kad kredit
Huraian - Pemegang kad boleh membuat bayaran secara kredit.
- Bank membayar dulu dan pemegang kad akan membuat bayaran kepada pihak bank.
- Dikenakan faedah dan yuran tahunan.

Fakta 5 - Debiot langsung/debit terus.
Huraian - Kemudahan yang disediakan bank perdagangan kepada pemegang akaun semasa
dan akaun tabungan.
- Arahan kepada bank membuat bayaran tidak tetap pada jumlah dan tarikh yang
ditetapkan.
- Contoh bayaran bil-bil.

(b) Jelaskan dua prinsip skim perbankan Islam yang berikut:-
(i) Wadiah
(ii) Al Takjiri

Jawapan :
(i)
Huraian - satu kontrak simpanan keselamatan antara penyimpan (pelanggan) dan penjaga atau
pemegang amanah (bank)
- Menyediakan dua jenis akaun; akaun simpanan dan semasa.
- pengeluaran bila-bila masa.
- simpanan dilabur dalam aktiviti pelaburan yang berlandaskan hukum syarak.

(ii)
Huraian - suatu kontrak pindah milik harta disewa.
- Bank setuju menyewa harta pada jangka masa tertentu.
- menjual kepada penyewa pada harga dipersetujui.
- sewa dibayar dikira sebagai sebahagian bayaran harta itu.

(c) Maklumat berikut berkait dengan langkah kerajaan untuk kestabilan ekonomi




Huraiakn dua langkah kerajaan melalui dasar belanjawan yang boleh diambil pada peringkat X.

Jawapan ;
Huraian 1 - menaikkan kadar cukai menyebabkan pendapatan boleh guna masyarakat kurang dan kuasa beli jatuh, ini akan menyebabkan permintaan jatuh dan seterusnya harga barangan turut jatuh.

Huraian 2 - Perbelanjaan kerajaan berkurangan atau kerajaan menangguhkan projek pembangunan akan menyebabkan sumber hasil kerajaan berkurangan dan memberi kesan permintaan masyarakat turut jatuh. Akhirnya harga barangan turut jatuh.

Saturday, September 25, 2010

Soalan no. 5 Percubaan SPM 2010

(a) Jelaskan mengenai pinjaman kerajaan berikut :
(i) Surat Jaminan Kerajaan [2 m]
(ii) Bil Perbendaharaan [2 m]

Jawapan :

(i) - Pinjaman jangka panjang
- tempoh matang melebihi dari setahun.
- ditawarkan pada nilai muka
- dibayar faedah

(ii) - Pinjaman jangka pendek
- Tempoh matang kurang dari setahun
- Ditawar pada harga diskaun.

(b) Pernyataan berikut berkaitan perdagangan antarabangsa

"Malaysia yang beriklim khatulistiwa sesuai dengan penanaman buah-buahan seperti durian, manggis dan sebagainya. Manakala negara-negara yang beriklim Mediterranean seperti Turki dan Chile Tengah sesuai untuk penanaman buah-buahan sitrus seperti oren, strawberi dan anggur. Ini membolehkan negara di keuda-dua kawasan iklim tersebut melakukan urusan perdagangan "

Terangkan tiga sebab lain wujudnya perdagangan antara negara-negara tersebut. [6 m]

Tiga lagi sebab-sebab lain wujud perdagangan antarabangsa ialah :-

Perbezaan sumber semula jadi - Malaysia - petroleum
Perbezaan budaya masyarakat - Perancis terkenal dengan keluaran minyak wangi.
Perbezaan tingkat kecekapan - Taiwan lebih cekap dalam elektronik berbanding Malaysia
dll.

(c) Jadual 4 menunjukkan maklumat perdagangan antarabangsa bagi sesebuah negara dalam tahun 2009.




Hitungkan imbangan akaun semasa [4m]

Jawapan ;

Imbangan Akauan Semasa = Imbangan Dagangan + Imbangan Perkhidmatan + Imbanagan Pendapatan + Pindahan Bersih.

[RM 600 juta - RM 400 juta] + [(- RM 560) + (- RM 80 juta) ] + [- Rm 100 juta]

= - RM 540 juta


(d) Pernyataan di bawah berkaitan perdagangan antarabangsa.

"Kerajaan Malaysia bertindak untuk tidak mengimport barang dari Israel kerana menentang dasar negara tersebut menindas rakyat Palestin"

Jelaskan tujuan kerajaan mengambil tindak tersebut. [4m]

Jawapan :

Tindakan kerajaan Malaysia disebut sebagai embargo. Tujuannya ialah untuk memulaukan barang dari negara Israel. Selain itu embargo juga dikenakan terhadap sesuatu negara bagi mencapai tujuan seperti untuk menambahkan sumber hasil kerajaan, melindungi industri muda dan tempatan, membatasi lambakan , mengahdapai persaiangan dan untuk tujuan keselamatan.

(e) (i) Apakah maksud kadar pertukaran asing. [1m]

Jawapan ;
Kadar pertukaran asing ialah nilai wang sesebuah negara atau harga mata wangnya dalam sebutan mata wang asing.

(ii) Terangkan tiga kepentingan pertukaran asing kepada sesebuah negara. [6m]

Kepentingan pertukaran asing bagi sesebuah negara adalah untuk membayar balik pinjaman luar negara. Contohnya Dolar Amerika diperlukan bagi membayar balik pinjaman dari negara itu.

Pertukaran asing juga penting untuk membiayai import/membeli barang-barang dari luar negara. Contohnya kita memerlukan Rupiah bagi membolehkan kita mengimport barang dari Indonesia.

Pertukaran asing juga penting bagi tujuan membuat pelaburan di luar negara. Pelabur yan gingin melabur di negara asing memerlukan wang negara tersebut bagi membolehkannya melabur di negara itu.

BAHAGIAN B - percubaan 2010 Negeri Kelantan

6. Encik Azman telah mengusahakan sebuah kilang roti AZ Bakery di bandar Kuantan. Roti yang telah dikeluarkan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana memenuhi citarasa pelanggan. Walau bagaimanapun, kuantiti roti keluarannya tidak mampu memenuhi permintaan . Beliau berusaha meningkatkan pengeluaran roti dengan menambah pembelian gandum. Oleh kerana masalah kekurangan gandum di pasaran tempatan , beliau bercadang membeli sebanyak 25 000 kilogram dari Amerika Syarikat atau New Zealand.

Jadual berikut menunjukkan harga gandum dan kadar pertukaran asing

1. Amerika Syarikat; harga gandum Sekilogram USD 0.40 dan kadar tukaran ; RM 3.50 = USD 1.00
2. New Zealand; harga gandum sekilogram NZ $ 0.75 dan kadar tukaran ; RM 2.20 = NZ $ 1.00

Bagi memenuhi keperluan pengeluaran, Encik Azman telah mengambil tindakan menamba bilangan pekerja. Beliau telah menggunakan khidmat pekerja asing walaupun pengangguran dalam kalangan penduduk masih tinggi.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut

(a) Berikan contoh input tetap dan input berubah yang digunakan oleh AZ Bakery [2m]

Jawapan :

Contoh input tetap yang digunakan oleh AZ Bakery ialah kilang manakala input berubah ialah gandum (bahan mentah) dan pekerja (buruh)


(b) Terangkan tiga faktor lain yang menyebabkan roti mendapat sambutan yang menggalakkan. [5m]

*Calon hendaklah menerangkan 3 faktor lain selain faktor citarasa yang mempengaruhi permintaan roti keluaran AZ Bakery.

Jawapan :

Faktor yang menyebabkan roti keluran AZBakery mendapat sambutan atau mendapat permintaan dari pelanggan adalah disebabkan :

Pertama, harga barang lain sama ada barang pengganti atau penggenap kepada roti. Contoh harga roti dari kedai lain lebih mahal menyebabkan roti dari kilang AZ mendapat sambutan.

Kedua, mungkin disebabkan oleh pendapatan pengguna bertambah. Ini menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah dan lebih ramai pengguna membeli roti dari kilang AZ Bakery.

Ketiga, mungkin disebabkan oleh kempen beli roti buatan bumiputera oleh kerajaan.

(C)(i) Hitungkan pembelian gandum dari kedua-dua negara dalam sebutan Ringgit Malaysia. [4m]

Jawapan :

Amerika Syarikat
Kadar pertukaran antara RM dengan USD ialah :

RM 3.50 = USD 1.00

oleh itu RM 3.50 x USD 0.40 / USD 1.00 x 25000kg

= RM 35,000

New Zealand
Kadara pertukaran RM2.20 = NZ$ 1.00

RM2.20 x NZ$0.75 / NZ$1.00 x 25000kg

= RM 41 250

(c)(ii) Tentukan negara mana yang dipilih oleh Encik Azman. Berikan dua alasan. [3m]

Jawapan ;

Negara yang dipilih oleh Encik Azman ialah Amerika Syarikat kerana harga gandumnya lebih murah berbanding negara New Zealand.

Perbezaan harganya ialah RM 6 250.

Oleh itu lebih untung membeli gandum dari Amerika Syarikat.

(c)(iii). Jika kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar amerika Syarikat berubah kepada RM 3.80 = USD 1.00, apakah kesan kepada imbangan dagangan Malaysia ? [4m]

Jawapan :

Bila nilai Ringgit Malaysia jatuh berbanding Amerika Syaikrat, ini akan menyebabkan eksport barangan dari Malaysia ke Amerika Syarikat akan bertambah kerana harga barang-barang eksport Malaysia menjadi semakin murah.

Manakala harga barang-barang yang diimport dari Amerika Syarikat semakin mahal. Ini akan menyebabkan import barang-barang dari Amerika Syarikat jatuh.

Bila nilai eksport melebih nilai import, imbangan dagangan Malaysia menjadi positif atau lebih menguntungkan Malaysia.

(d) Mengapakah kerajaan masih membenarkan Encik Azman menggunakan pekerja asing ? [4m]

Pekerja asing menjadi salah satu sumber pendapatan kerajaan menerusi bayaran-bayaran tertentu yang dikenakan terhadap pekerja asing.

Dapat menjalinkan hubungan dua hala antara negara.

Meningkatkan kecekapan pengeluaran menerusi persaingan dan juga kemahiran.

Menambahkan pendapatan negara menerusi sektor pelancongan .