Tuesday, July 29, 2008

KELAS ICTL 2G2

seperti hari-hari persekolahn biasa... hari ini, tiap Selasa, jam 11.00 am kelas ICTL bagi tingkatan 2G1 bermula.

Kehadiran pelajar memuaskan, namun yang menyedihkan bilangan PC yang tak mencukupi bagi menampung jumlah pelajar.

Saturday, July 19, 2008

KURSUS PENINGKATAN P&P BAGI MATA PELAJARAN PJK



Kursus Peningkatan Kemahiran P&P bagi mata pelajaran PJK merupakan satu lagi program kursus dalaman (pembangunan staf) yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalan Chepa2 kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dengan mata pelajaran ini.

Kursus ini bertujuan mendedahan program "SEGAK' dan juga 3 jenis sukan olahraga, iaitu kemahiran pengajaran bagi acara Lompat Tinggi, Lempar Cakera dan Lontar Peluru.

Thursday, July 17, 2008

USB Disk security

Bagi mereka yang sentiasa mengalami masalah jangkitan VIRUS berpunca dari thumb drive rakan-rakan atau mana-mana external drive sila "install" aplikasi di bawah ini.


Download : http://www.4shared.com/file/55532119/9743638c/USBDiskSecurityv50090.html

Wednesday, July 16, 2008

Perdagangan T5 - Julai

Tajuk : Komunikasi

Masa : 7.35 am - 8.45 am

1. Pelajar dapat membezakan antara peranan pengangkutan dengan peranan komunikasi dalam membantu perkembangan perdagangan dan perniagaan dalam dan luar negeri.

2. Pelajar diminta menyenaraikan 5 peranan komunikasi sebagai salah satu bantuan perniagaan.

3. Pelajar dapat menerangkan apakah fungsi mesin frankin kepada sesebuah agensi atau institusi perniagaan.

4 Pelajar dapat menyatakan beberapa jenis perkhidmatan yang disediakn oleh Pos Malaysia.


Nota ringkas :

Peranan pengangkutan :-
  1. Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa.
  2. Menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran.
  3. Mengelakkan pembaziran.
  4. Mempelbagaikan pilihan pengguna.
  5. Mengelakkan berlakunya lebihan dan kekurangan bekalan di pasaran.
  6. Menyelaraskan permintaan dan penawaran.
  7. Menstabilkan harga barangan.
  8. Pertukaran teknologi
  9. Membantu pembangunan negara.
  10. Menggalakkan perkembangan industri pelancongan.
  11. Meningkatkan pelburan asing.
  12. Pergerakan tenaga buruh.
Peranan Komunikasi :-
  1. Mempercepat dan memudahkan penyebaran maklumat.
  2. Memudahkan kerja-kerja berkaitan dengan promosi.
  3. Meluaskan pasaran.
  4. Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
  5. Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
  6. Meningkatkan dan memudahkan perjalanan aktiviti perniagaan

Download : latihan-pengukuhan-komunikasi-bab4

Tuesday, July 15, 2008

Ekonomi Asas T4 - Julai

NOTA RINGKAS

Definisi Firma : satu unit ekonomi yang mengendalikan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan maksima

Definisi Pengeluaran : satu aktiviti memproses input kepada output
3- Jangka Pendek : Firma hanya berupaya mengubah input berubah sahaja. Input tetap tidak berubah

Jangka Panjang : Firma dapat mengubah semua input sama ada input tetap mahupun input berubah

Fungsi pengeluaran jangka pendek
- Merujuk kepada gabungan input tetap dan input berubah dalam menghasilkan output/ Firma hanya mengubah faktor berubah sahaja.


Download nota http://www.4shared.com/file/55530937/e6d7b53a/Bab4-_Firma_Sbg_Pengeluar.html

Monday, July 14, 2008

ICTL

kepada semua pelajar tingkatan dua yang mengikut kelas ICTL di bawah bimbingan Cikgu...
Cikgu merakamkan ucapan tahnia kepada anda semua keran berjaya membina blog anda sendiri. Semoga dengan blog itu anda dapat mempertingkatkan lagi kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat. Dan yang lebih penting lagi anda dapat menggunakannya untuk memperkayakan ilmu-ilmu akademik anda.