Thursday, December 23, 2010

Soalan 4 SPM 2010

4. (a)(i)

- langkah mempelbagaikan ekonomi, dengan cara memajukan sektor perkilangan
dan menggalakkan industri berorientasikan export.

- Kehausan sumber asli dan ketidakstabilan harga komoditi telah menjejaskan
perkembangan ekonomi negara.

ATAU'
- Dasar industri penggantian import melibatkan pengeluaran barang penggunaan
spt makanan, minuman pakaian dan barangan getah.

- Perubahan struktur ekonomi negara dari sektor utama kepada sektor kedua
dan ketiga mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

4. (a)(ii) Sektor kedua dan ketiga semakin penting :-
Pelaburan asing bertambah,
Sektor perkilangan dan perkhidmatan perdagangan bertambah.
Meningkatkan guna tenaga kerja
Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

4.(b)(i) Ketidakstabilan ekonomi tersebut ialah kemelesetan ekonomi.

(ii) Bank Pusat mengurangkan kadar faedah, ini akan menyebabkan
kuasa bank perdagangan memberi pinjaman meningkat. Penawaran
wang bertambah dan akan meningkatkan permintaan dalam negara.
Ini akan menggalakkan perniagaan dan akan meningkatkan
peluang pekerjaan.

Mengurangkan kadar rizab berkanun juga boleh meningkatkan
keupayaan institusi kewangan seperti bank perdagangan untuk
memberi pinjaman kepada sektor perdagangan dan perniagaan.
Ini akan menggalakkan kadar pelaburan seterusnya meningkatklan
peluang pekerjaan.

4. (c) Tujuan kerajaan membuat pinjaman ialah :-
- untuk menampung kekurangan hasil cukai semasa bagi membiayai
perbelanjaan mengurus dan pembagunannya.
- Untuk melaksanakan projek-projek pembangunan ekonomi, sosial
dan keselamatan.
- Untuk mengagihkan semuala pendapatan di kalangan rakyat dengan
melaksanakan projek pembangunan seperti pembukaan tanah-tanah
rancangan Felda, memberi subsidi kepada sektor pertanian.

4 (d) Cukai langsung ialah beban cukainya tidak boleh dipindahkan pada
orang lain. Manakala cukai tak langsung, beban cukainya boleh di
pindahkan pada pengguna.
Cukai langsung terdiri dari cukai pendapatan perseorangan, cukai
syarikat sendirian berhad, cukai petroleum dan cukai koperasi.
Manakala cukai tak langsung terdiri dari cukai jualan, duti import
duti eksport dan duti eksais.

No comments: