Saturday, December 12, 2009

Ekonomi Mikro 2002

Bahagian B (part 1)

Soalan 1

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli [2m]
(b) Terangkan dua monopoli kerajaan diperlukan dalam sesebuah negara [4m]

(a) Monopoli
- terdapat hanya seorang pengeluar dalam pasaran.
- Barang yang dikeluarakn tiada pengganti.
- Harga barang ditentukan pengeluar.

(b) Sebab-sebab monopoli kerajaan diperluakan :-
- Untuk mengeluarkan barangan berkepentingan umum / barang awam.
- Memenuhi tanggungjawab sosial dengan menhasilkan barangan berorientasikan kebajikan rakyat.
- Pemggunaan teknologi tinggi yang melibatkan kos tinggi.
- Barangan yang dikeluarkan tidak perlu kepada persaingan kerana persaingan boleh mendatangkan kerugian kepada firma yang tidak mampu bersaing.


Soalan 2

Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan faktor pengeluaranm [6m]

- Bilangan input pengganti, iaitu banyak atau kurangnya input-input pengganti yang boleh digunakan oleh pengeluar.
- Keanjalan barangan yang dikeluarkan mempengaruhi keanjalan input, jika permintaan barang anjal, maka input pengeluaran juga akan anjal.
- Perbezaan antara kos faktor pengeluaran dengan jumlah kos pengel;uaran. Jika perbezaan antara keduanya adalah besar, maka semakin anjal permintaan terhadap faktor pengeluaran. Semakin kecil perbezaan antara kedua kos ini, semakin kurang anjal permintaan faktor pengeluran.


Soalan 3

Huraikan tiga sebab kesatuan sekerja kurang berkesan dalam usaha meningkatkan upah melalui rundingan kolektif ?

Sebab-sebab kurang berkesan :-
- Bilangan ahli kesatuan yang sedeikit menyebabkan kurang berkuasa.
- Kurang sumber kewangan menyebabkan aktiviti kesatuan juga tidak dapat digerakkan.
- Permintaan terhadap barang yang dikeluarkan adalah anjal, iaitu bila harga naik sedikit, permintaan terhadap barang jatuh dengan banyak, ini menyebabkan keluaran jatuh .
- permintaan terhadap buruh adalah anjal - mudah pengganti.
- Peratusan kos buruh adalah tinggi dalam kos pengeluaran. Ini mempengaruhi kos pengeluaran bertambah dengan banyak walaupun kos buruh yang naik adalah sedikit.
- Sokongan tuntutan tidak kuat.
- Ekonomi negara keseluruhan mengalami kemelesetan.
- Firma mengalami kerugian.

* mana-mana 3 fakta di atas.

Soalan 4

Huraikan tiga sebab kerajaan perlu campurtangan dalam kegiaran ekonomi [6m]

- mengawal eksternaliti negatif
- Menyediakan barang awam untuk kebajikan rakyat
- Mengawal dari wujudnya monopoli.
- Mempastikan pertumbuhan ekonomi stabil.
- Mempastikan agihan pendapatan yang lebih adil.

*Mana-mana 3 fakta di atas.

Soalan 5

(a) Bezakan antara permintaan individu dengan permintaan pasaran. [2m]
(b) Terangkan bagaimana keluk permintaan pasaran diterbitkan [4m]

(a) Permintaan individu adalah hubungan antara kuantiti diminta dengan oleh individu pada satu tingkat harga dalam tempoh masa yang tertentu.
Manakala permintaan pasaran pula ialah hubungan antara kuantiti yang diminta sekumpulan individu terhadap sesuatu barang pada tingkat harga dan masa yang tertentu.

(b) Permintaan pasaran ialah gabungan permintaan individu dalam pasaran bagi sesuatu barangan pada masa dan tingkat harga yang tertentu. Pembentukan keluknya adalah seperti berikut :-



Huraikan gambarajah di atas.

to be continue...

No comments: