Saturday, December 5, 2009

Ekonomi Asas SPM 2009 - Tajuk pilihan I

Tajuk-tajuk pilihan (1) :-

Jenis barangan dalam ekonomi :-
1. Barang percuma
2. Barang awam
3. Barang ekonomi

* Calon perlu tahu ciri-ciri dan contoh barangan di atas. Soalan menguji sama ada calon faham atau tidak konsep barangan di atas.

Contoh; Kereta en. Zul telah dicuri. Dalam ilmu ekonomi apakah jenis barangan yang dicuri dan apakah pula perkhidmatan yang diperlukan oleh En. Zul untuk melaporkan kecurian itu ?

- kereta ialah barang ekonomi kerana ... (terangkan ciri-ciri barang ekonomi)
- perkhidmatan yang diperlukan ialah polis iaitu barangan awam (terangkan ciri-cirinya)

Masalah Ekonomi ( ME )
- kekurangan disebabkan kehendak manusia tidak terbatas berbanding dengan sumber-sumber ekonomi yang ada.
- pilihan perlu dibuat disebabkan kekurangan wang atau sumber ekonomi.
- kos lepas terjai bila pilihan dibuat kerana tidak semua barang yang kita kehendaki boleh diperolehi disebabkan tidak cukup wang/sumber.
* ME berlaku kepada setiap unit ekonomi ; individu/isi rumah, firma/pengeluar dan kerajaan.
jawapan mesti bersama contoh apakah kekurang yang dialami , apakah pilihan yang dibuat dan apakah barangan yang dikatakan kos lepas.

Sistem-sistem ekonomi :-

* Calon hanya perlu tahu dan ingat ciri-ciri dan cara peneyelsaian masalah asas ekonomi (MAE)

Ciri-ciri berkisar pada :-
- bagaimana tingkat harga barang ditentukan dalam sistem ekonomi ytersebut.
- Siapakan yang berkuasa membuat keputusan ekonomi.
- Apakah motif kegiatan ekonomi dalam sesuatu sistem ekonomi itu.
- Siapakah boleh memiliki faktor pengeluaran
- Wujud atau tidak persaingan dalam sistem ekonomi itu.

Kunci kata :

1. Sistem ekonomi kapitalis - bebas, mekanisme pasar atau kuasa permintaan dan penawaran, tiada campur tangan kerajaan dan contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat.

2. Sistem ekonomi sosialis - semua kegiatan ekonomi ditentukan kerajaan. .Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Republik Rakyat China, Rusia dan negara-negara blok komunis.

3. Sistem ekonomi campuran - kegiatan ekonomi ditentukan oleh swasta (firma dan individu) serta kerajaan. Kawalan undang-undang.

4. Sistem Ekonomi Islam - peranan individu dan firma-firma swasta serta kerajaan sama dengan sistem ekonomi campuran. Tinggal lagi sistem ekonomi Islam berpandukan akidah Islam, syariat dan akhlak Islam. Mementingkan halal dan haram.

No comments: