Sunday, October 31, 2010

Tajuk-tajuk Pilihan 2010 - Analisa I

Sukatan Tingkatan Empat:-

Bab 1 -

1. Masalah Ekonomi (Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas) berlaku pada unit-unit ekonomi (Isi rumah/pengguna, Firma dan Kerajaan)

a. Pengguan mengalami kekurangan wang/pendapatan.
Pilihan dibuat bagi mendapatkan kepuasan maksimum.
Kos lepas berlaku akibat pilihan yang dibuat. Beri contoh

b. Firma/Pengeluar mengalami kekurangan sumber pengeluaran/faktor pengeluaran.
Pilihan dibuat bagi mencapai atau mendapatkan keuntungan maksimum.
Kos lepas wujud bila pilihan dibuat. Beri contoh.

c. Kerajaan mengalami kekurangn sumber hasil kewangan.
Pilihan dibuat untuk memberi kebajikan maksimum kepada rakyat.
Berlaku kos lepas. Beri contoh.

2. Sistem Ekonomi Campuran menyelsaikan Masalah Asas Ekonomi (ABBU)

Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran ialah Malaysia. Terdapat unsur persaingan bebas di kalangan pengguna dan pengeluar/firma/swasta dalam membuat keputusan ekonomi di samping kerajaan juga turut berperanan dalam urusan ekonomi negara.

Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi :-

- Masalah apakah barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan ditentukan secara mekanisme pasaran atau kuasa pasaran dan campurtangan kerajaan. Barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan oleh pihak swasta/firma swasta ditentukan oleh permintaan masyarakat. Namun kerajaan juga boleh mempengaruhi jenis barang yang hendak dikeluakan dengan penguatkuasaan undang-undang, cukai, subsidi dan perlesenan.

- Berapakah banyakkan barang/perkhidmatan itu dikeluarkan. Bagi firma swatsta masalah ini diselesaikan melalui mekanisme harga atau kuasa pasaran. Pengeluar/firma swasta akan mengeluarkan barang yang ada permintaan bagi memaksimumkan keuntungan. Manakala kerajaan pula akan mengeluarkan barangan/perkhidmatan yang tidak mampu atau tidak cukup dikeluarkan oleh firma swasta, contohnya perkhimdmatan keselamatan, kesihatan, pendidikan dsb.

- Bagaimana barang itu dikeluarkan. Masalah ini mencakupi soal teknik pengeluaran yang akan digunakan bagi mendapat keuntungan maksimum. Firma swata akan memilih teknik yang paling menguntungkan atau teknik yang boleh meminimumkan kos pengeluaran. Manakala kerajaan akan memilih cara pengeluaran yang akan memaksimumkan kebajikan rakyat. Ini dapat dilakukan dengan penguatkuasaan undang seperti memperkenalkan tingkat upah minimum.

- Untuk siapa barang itu dikeluarkan . Bagi firma swasta barang yang dikeluarkan untuk mereka yang mempunyai kuasa beli atau mampu memilikki barang yang dikeluarkan itu. Dengan perkataan lain ia berpandukan kepada agihan pendapatan masyarakat. Manakalah barang/perkhidmatan yang disediakan kerajaan pula untuk semua lapisan masyarakat seperti menyediakan barangan awam.

Bab 2.

1. Pengiraan Pendapatan Boleh Guna - pendapatan yang sebenarnya boleh dibelanjakan oleh seseorang individu setelah ditolak dengan potongan-potongan wajib (Perkeso, KWSP, Cukai Pendapatan dan Zakat)

2. Pengiraan Pendapatan Boleh Cukai - Jumlah pendapatan yang tinggal setelah ditolak dengan pelepasa cukai (Diri Sendiri, Isteri, Anak, Rawatan Ibu Bapa, KWSP dan Insurans). Cukai akan dikira berdasarkan kadar yang ditetapkan.

Pendapatan Boleh Cukai = Jumlah Pendapatan (Gaji, upah, dividen, faedah dan untung) diTOALAK dengan pengecualian cukai /pelepasan cukai.

Jumlah pendapatan RM 40,000 setahun

Pelepasan cukai :

Diri sendiri RM 8,000
Isteri RM 3,000
Anak (3 orang x RM 800.00) RM 2,400

KWSP RM 4,000

Insurans Nyawa RM 1,200

Rawatan Ibu bapa (jika ada) RM 3,600

Pengecualian Cukai RM 22,200.00

PENDAPATAN BOLEH DIKENAKAN CUKAI = RM 40,000 - RM 22,200.00
= RM 17,800.00


Berapakah cukai yang perlu dibayar?

Kadar cukai yang ditetapkan kerajaan : Pendapatan Boleh Cukai Cukai yang perlu dibayar

RM 2,500 x 0% = 0
RM 2,500 Kedua x 1% = RM 25
RM 5,000 x 3% = RM 150
RM 7,800 x 5% = RM 390

Jumlah cukai RM 565

Andaikan zakat 360.

Jumlah cukai tolak zakat = Jumlah cukai yang perlu dibayar
= RM 565 - RM 360
= RM 230.


Manakalah Pendapatan Boleh Guna berdasarkan maklumat pendaptan di atas ialah

PBG = Jumlah pendapatan TOLAK potongan wajib (P+KWSP+ Cukai Pendapatan +Zakat)

PBG = RM40,000 - (RM 4,000 + RM 230 + RM 360)

= RM 35,410 (Jumlah yang sebenarnya boleh dibelanjakan)


3. Tujuan menabung, melabur dan pinjaman.


Bab 3 :

- Keluk permintaan dan hukum permintaan.

- Keanjalan Permintaan Harga dan strategi pengeluar menurun dan menaikkan harga apabila mendapati barang keluarannya anjal atau tidak anjal. Contoh jika permintaan bagi barang keluarannya anjal, maka strategi untuk menambahkan keuntungan ialah menurunkan harga. Manakala bagi permintaan barangan yang tidak anjal, strateginya ialah menaikkan harga untuk mendapat keuntungan maksimum. Jika keanjalan sama dengan satu, penurunan atau kenaikan harga barang tidak memberi kesan kepada keuntungan firma.


Bab 4.

- Bezakan input Tetap dengan Input Berubah
- Bezakan Kos Tetap dengan Kos Berrubah
- Kira kos pengeluaran (Jumlah Kos, Kos Purata, Kos Sut dan Kos Berubah)
- Hubungan antara kos-kos pengeluaran.


Bab 5.

- Maksud pasaran
- Bezakan keluak Permintaan Pasaran dengan keluk Penawaran Pasaran
- Lukis rajah keluk keseimbangan pasaran
- Lukis rajah aliran pusingan ekonomi dua sektor.




No comments: