Friday, January 29, 2010

Bank Perdagangan

Peranan Bank Perdagangan/institusi kewangan dalam pembangunan ekonomi:-

1. Pembentukan Modal

Segala simpanan/tabungan semasa atau tetap, digunakan oleh bank sebg sumber kewangan untuk pembentukan modal Bank akan gunakan modal2 ini sebg Modal Pelaburan dlm aktiviti2
pembangunan lain seperti dlm bentuk Harta Tanah, Perniagaan, Projek2 Perumahan dll

Orang ramai akan dapatkan modal drpd bank dlm bentuk Pinjaman/Overdraf/Mendiskaunkan Bil2 Pertukaran , bagi menolong peniaga2 mendapatkan modal segera
Kemudahan2 ini akan menggalakkan Pelaburan yang akhirnya dpt meningkatkan pemb. ekonomi negara.

2. Sebagai Orang Tengah antara Peniaga dan Pelanggannya

- Bank sebg agen pembayaran dan penerima bayaran kepada sesuatu urusniaga yang menggunakan Cek/Bank Draf/Perintah Sedia Ada/Pemindahan Kredit/Kad Kredit/Arahan Kepada Bank.

- Kegiatan2 ini menggalakkan Pelaburan, yang akhirnya dapat meningkatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

3.Memberi kemudahan dalam Perdagangan Antarabangsa

- Dgn adanya kemudahan2 PAB di bank, Bank akan dapat meluaskan pasaran antarabangsa.

- Perkhidmatan2 tersebut spt Khidmat Pertukaran Asing/Cek Kembara/Surat
Kredit/Mendiskaunkan Bil kepada pengeksport dan pengimport.

4. Kemudahan2 lain berhubung dengan pembangunan perniagaan

- Khidmat Nasihat - berhubung dgn aspek pelaburan dan aspek perniagaan

- Peti Simpanan Selamat/Peti Simpanan Malam/Pemegang Amanah/ Kad ATM dll

* Soalan mengenai hubungkait fungsi sesuatu institusi kewangan spt bank perdagangan adalah bentuk soalan KBKK. Untuk itu, calon perlulah mengaitkan fungsi sesuatu institusi kewangan dengan perkara-perkara berikut :-

- Pembentukan modal dalam negara akan menggalakkan aktiviti pelaburan dan perniagaan.
- Pertambahan pelaburan akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
- Meningkatkan lagi keupayaan perdagangan antarabangsa dan menambahkan pengaliran masuk wang asing.
- Melicinkan dan membantu masyarakat menerusi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
- Menambahkan kutipan cukai kerajaan menerusi aktiviti pelaburan dan perniagaan. Ini membantu menambahkan lagi pelaburan kerajaan untuk pembangunan rakyat.

No comments: