Thursday, September 30, 2010

Soalan 1 Percubaan 2010

(a) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah negara

" Kekurangan faktor-faktor pengeluaran menyebabkan firma-firma terpaksa mengurangkan kuantiti pengeluarannya. Kerajaan pula terpaksa menangguhkan dua projek penting akibat kekurangan sumber hasil"

Bagaimanakah unit-unit ekonomi di atas menyelesaikan masalah tersebut. [6m]

Jawapan :
(a) Kekurangan faktor pengeluaran menyebabkan firma terpaksa membuat pilihan. Barangan yang dapat memberi keuntungan maksimum akan menjadi pilihan firma. Kesan daripada pilihan ini adalah kos lepas.

Bagi kerajaan, kekurangan yang dihadapinya ialah kekurangan sumber hasil cukai bagi melaksanakan projeknya. Oleh itu, kerajaan terpaksa membuat pilihan projek manakah yang dapat memberi kebajikan maksimum kepada rakyat. Kesan dari pilihan ini wujudlah kos lepas.
Contohnya kerajaan tidak dapat membina jambatan kerana memilih untuk membina pusat kesihatan. Jadi kos lepas pusat kesihatan ialah jambatan yang tidak dapat dibina.

(b) Gambar di bawah menunjukkan sejenis barang dalam ekonomi.




(i) Apakah jenis barang tersebut. [1m]
(ii) Jelaskan tiga ciri barang di 1 (b) (i) [3m]

Jawapan :
(i) Barangan di atas adalah barangan ekonomi.

(ii) Ciri-ciri barangan ekonomi ialah penawarannya terhad. Ini bermakna hanya mereka yang ada kuasa beli sahaja yang dapat memperolehinya/ ianya perlu dibayar. Wujud kos lepas untuk menghasilkannya. Dikeluarkan oleh firma.

(c) Maklumat berikut berkait dengan sistem ekonomi sebuah negara.

* Kaedah yang cekap digunakan oleh firma untuk meminimumkan kos.
* Kerajaan campurtangan bagi menjaga kebajikan rakyat.

Bagaimanakah sistem ekonomi negara tersebut menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut :

(i) Berapakah hendak dikeluarkan [2m]
(ii) Untuk siapa dikeluarkan [2m]

Jawapan :

(i) Sistem eknomi tersebut ialah sistem ekonomi campuran. Individu dan firma bebas membuat pilihan dan keputusan, manakala kerajaan berperanan membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dari persaiangan bebas.

Dalam sistem ekonbomi campuran, firma menyelesaikan masalah berapa hendak dikeluarkan berpandukan kepada permintaan masyarakat. Kerajaan akan mengeluarkan barangan yang tidak mencukupi atau tidak dapat dikeluarkan oleh firma swasta.

Firma menyelesaikan masalah untuk siapa berdasarkan agihan pendapatan atau kepada mereka yang ada kuasa beli. Manakala kerajaan akan menyediakan barangan awam atau barang yang tidak mencukupi di pasaran demi kebajikan rakyat.


(d) Maklumat berikut adalah berkaitan Hanis

"Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, beliau telah memilih untuk bekerja di syarikat Srimas sebagai pereka fesyen . Bagi menambahkan pendapatan beliau menabung dalam akaun simpanan tetap di bank perdagangan dan membeli sahan ASB."

(i) Terangkan tiga faktor yang mungkin mempengaruhi pemilihan pekerjaan tersebut. [6m]
(ii) Huraikan dua cara lain yang boleh dilakukan Hanis untuk menambahkan pendapatannya. [5m]

Jawapan :

(i) Faktor pemilihan pekerjaan
- Upah wang atau gaji
- Faedah sampingan seperti kemudahan rekreasi, perubatan, tempat tinggal dsb.
- Lain-lain sperti minta, pengaruh keluarga, jarak dari tempat kerja dsb.

(ii) Dua cara lain Hanis menambahkan pendapatan ialah dengan memulakan perniagaan bagi mendapat pendapatan berupa untung. Membeli harta tetap seperti rumah atau tanah untuk disewakan.




Soalan 2 Percubaan 2010

(a) Encik Hanif ialah seorang kakitangan kerajaan. Beliau mempunyai seorang isteri dan seorang anak yang belum bersekolah. Berikut ialah maklumat kewangan bulanan Encik Hanif pada tahun 2008

* Klik pada rajah berikut untuk besarkannya.


Jawapan :


(b) Berikut dua perbezaan di antara keperluan dan kehendak individu. [4m]

Jawapan :

Keperluan adalah sama untuk setiap manusia. Manakala kehendak berbebeza mengikut tingkat pendapatan individu.

Keperluan individu terhad kepada makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Manakala kehendak sukar untuk dipuaskan dan tidak terhad sifatnya.

(c) Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara dua shabat.



(i) Cadangkan dua cara yang sesuai boleh membantu Encik Satria mencapai hasratnya. [4m]

Jawapan :

Cara sesuai boleh membantu Encik Satria mencapai hasratnya ialah dengan menabung atau menyimpan wang di bank perdagangan. Simpananya akan mendapat ganjaran berupa faedah.

Beliau juga boleh menyimpan di Lembaga Tabung Haji dengan mendapat pulangan dalam bentuk dividen.

Atau

Simpan di BSN juga akan dapat pulangan berupa faedah.

ATAU

Simpan di syarikat kewangan juga akan mendapat pulangan dalam bentuk faedah.

ATAU

Beli polisi insurans dan akan medapat bayaran dalam bentuk faedah.
(ii) Terangkan dua tujuan lain Encik Adukan meminjam. [4m]

Jawapan :

Tujuan lain Encik Aduka meminjam disebabkan untuk menampung perbelanjaan semasa. Pinjaman juga dibuat encik Aduka mungkin untuk menghadapi kecemasan atau untuk membeli barang tahan lama dan harta benda.



(d) Jelaskan perbezaan perubahan dalam kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [4]

Jawapan :

Perubahan kuantiti yang diminta bermaksud perubahan kuantiti disebabkan oleh harga barang itu sendiri. Perubahan kuantiti berlaku pada keluk permintaan yang sama. Manakala perubahan permintaan bermaksud perubahan kuantiti disebabkan oleh faktor-faktor selain dari harga barang itu sendiri. Perubahan permintaan mungkin disebabkan perubahan harga barang pengganti atau penggenap, perubahan musim dsb. Perubahan permintaan digambarkan oleh pergerakan dari satu keluk permintaan ke keluk permintaan yang lain.


(e) Jadual di bawah menunjukkan kesan ke atas kuantiti diminta bagi tiga jenis barang apabila harganya meningkat sebanyak satu peratus.





Tafsirkan pekali keanjalan harga permintaan bagi barang P, Barang Q, dan barang R. [5m]

Jawapan :

Nilai pekali barang P ialah 3 bermakna ianya adalah anjal. Peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada perubahan harga.

Barang Q anjal sama satu. Ini bermakna peratus kejatuhan harga sama dengan peratus perubahan kuantiti yang diminta.

Barang R tidak anjal kerana pekalinya kurang daripada satu. Ini bermakna peratus perubahan kuantiti lebih kecil dari peratus perubahan harga.