Wednesday, July 29, 2009

Soalan Objektif SPM sukatan EA T5

Mana-mana guru dan pelajar yang berminat untuk muat turun soalan objektif dalam format kuiz interaktif sila klik pada file yang berikut :-

EA Bab 1 T5.rar
EA Bab 2 T5.rar
EA Institusi Kewangan Bukan Bank.rar
Struktur Ekonomi Malaysia.rar
Belanjawan negara.rar
Perdagangan antarabangsa.rar
Pertukaran Asing.rar


*Aplikasi ini menggunakan web browser sama ada Internet Explorer atau Mozilla secara off-line. Sekiranya anda membuka aplikasi ini dengan internet explorer, sila "allow active X" untuk membolehkannya berfungsi.

Jika tidak keberatan sedekahkan AL-Fatihah
kepada arwah Ayahanda saya : Salleh bin Sangari

Thursday, July 23, 2009

Objektif 2004 - Perdagangan

Download soalan objektif Perdagangan SPM2004 dalam format kuiz

sspm 2004.rar

Monday, July 20, 2009

Soalan-soalan Ekonomi Asas Kertas 1 SPM













Download soalan-soalan objektif SPM dalam format kuiz interaktif
















EA Bab 1 T4.rar
EA Bab 2 T4.rar
EA Bab 3 T4.rar
EA Bab 4 T4.rar
EA Bab 5 T4.rar
EA Bab 6 T4.rar

Bagi soalan Bab 6 T4 terdapat rajah aliran ekonomi dua sektor tidak lengkap dan salah arah.

Sunday, July 19, 2009

Contoh soalan essei

Soalan esei :-

1. Terangkan bagaimana unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah kekurangan
[15 markah]

SPM 2000

Rangka Jawapan

Fakta
Keterangan
Contoh
Individu/isi rumah
kekurangan wang/pendapatan

pilihan - kepuasan maksimum.

kesan dari pilihan wujud kos lepas.
Si A mempunyai RM2.00, tetapi berhadapan dengan pilihan sama ada ingin membeli buku atau pen yang kedua-duanya berharga RM2.00. Jika beliau memilih untuk membeli pen, maka kos lepasnya ialah buku yang tak dapat dimiliki.
Firma
kekurangan sumber/input pengeluaran.

pilihan - keuntungan maksimum

kesan dari pilihan wujud kos lepas

Kerajaan
kekurangan sumber hasil/cukai

pilihan - memaksimumkan kebajikan rakyat.

kesan dari pilihan wujud kos lepas



Contoh jawapan penuh


Unit-unit ekonomi ialah isi rumah, firma dan kerajaan. Masalah kekurangan yang dialami oleh isi rumah ialah kekurangan pendapatan atau kekurangan wang. Oleh kerana masalah ini, isi rumah atau individu terpaksa membuat pilihan bagi memenuhi kepuasan maksimum. Kesan dari pilihan yang dibuat adalah kos lepas, iaitu barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan. Contoh si A mempunyai RM2.00, beliau terpaksa memilih sama ada membeli pen atau buku walaupun kedua barang itu diperlukannya.

Firma menghadapi kekurangan sumber atau faktor pengeluaran berbanding dengan kehendak tidak terbatas. Oleh itu terpaksa memilih apakah jenis keluaran yang dapat memberi keuntungan maksimum kepadanya. Apabila pilihan dibuat berlakulah kos lepas. Contoh...

Kerajaan mengahadapi kekurangan sumber hasil atau cukai bagi menyediakan projek untuk rakyat. Oleh itu pilihan perlu dibuat. Kerajaan akan memilih berdasarkan projek manakah yang dapat memberi kebajikan maksimum kepada rakyat. Apabila pilihan dibuat maka berlakulah kos lepas.