Thursday, December 23, 2010

Soalan 4 SPM 2010

4. (a)(i)

- langkah mempelbagaikan ekonomi, dengan cara memajukan sektor perkilangan
dan menggalakkan industri berorientasikan export.

- Kehausan sumber asli dan ketidakstabilan harga komoditi telah menjejaskan
perkembangan ekonomi negara.

ATAU'
- Dasar industri penggantian import melibatkan pengeluaran barang penggunaan
spt makanan, minuman pakaian dan barangan getah.

- Perubahan struktur ekonomi negara dari sektor utama kepada sektor kedua
dan ketiga mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

4. (a)(ii) Sektor kedua dan ketiga semakin penting :-
Pelaburan asing bertambah,
Sektor perkilangan dan perkhidmatan perdagangan bertambah.
Meningkatkan guna tenaga kerja
Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

4.(b)(i) Ketidakstabilan ekonomi tersebut ialah kemelesetan ekonomi.

(ii) Bank Pusat mengurangkan kadar faedah, ini akan menyebabkan
kuasa bank perdagangan memberi pinjaman meningkat. Penawaran
wang bertambah dan akan meningkatkan permintaan dalam negara.
Ini akan menggalakkan perniagaan dan akan meningkatkan
peluang pekerjaan.

Mengurangkan kadar rizab berkanun juga boleh meningkatkan
keupayaan institusi kewangan seperti bank perdagangan untuk
memberi pinjaman kepada sektor perdagangan dan perniagaan.
Ini akan menggalakkan kadar pelaburan seterusnya meningkatklan
peluang pekerjaan.

4. (c) Tujuan kerajaan membuat pinjaman ialah :-
- untuk menampung kekurangan hasil cukai semasa bagi membiayai
perbelanjaan mengurus dan pembagunannya.
- Untuk melaksanakan projek-projek pembangunan ekonomi, sosial
dan keselamatan.
- Untuk mengagihkan semuala pendapatan di kalangan rakyat dengan
melaksanakan projek pembangunan seperti pembukaan tanah-tanah
rancangan Felda, memberi subsidi kepada sektor pertanian.

4 (d) Cukai langsung ialah beban cukainya tidak boleh dipindahkan pada
orang lain. Manakala cukai tak langsung, beban cukainya boleh di
pindahkan pada pengguna.
Cukai langsung terdiri dari cukai pendapatan perseorangan, cukai
syarikat sendirian berhad, cukai petroleum dan cukai koperasi.
Manakala cukai tak langsung terdiri dari cukai jualan, duti import
duti eksport dan duti eksais.

Wednesday, December 22, 2010

Soalan 3 SPM 2010

3 (a) Berpandukan rajah keseimbangan pasaran.

(i) Pada harga RM30, kuantiti permintaan ialah 10 unit, manakala kuantiti yang
ditawarkan sebanyak 45 unit.
(ii) Pada tingkat harga RM10 berlaku lebihan permintaan sebanyak 30 unit.
(iii) Pada titik E berlakunya keseimbangan pasaran, iaitu pada tingkat harga
RM20. Pada tingkat harga ini kuantiti yang diminta sama dengan kuantiti
yang ditawarkan sebanyak 30 unit.

(b) Permintaan kereta import akan jatuh sebagai akibat dari ketidakseimbangan
antara permintaan dan penawaran.
Pelaksanaan skim ini akan menyebabkan pembeli beralih kepada kereta tempatan
berbanding kereta import.
Penawaran yang lebih berbanding permintaan bagi kereta import akan mendorong
kejatuhan harga.

(c) Logo tersebut adalah logo Bank Negara Malaysia.

Fungsi Bank Negara Malaysia selaku bank pusat ialah :-
- Mengeluarkan matawang negara, wang syling dan wang kertas.
- menjadi jurubank kepada kerajaan iaitu mengurus akaun negara,
membuat bayaran bagi pihak kerajaan, mengurus hutang negara,
menyediakan pendahuluan sementara kepada kerajaan dan mengurus
pertukaran asing bagi pihak kerajaan.
- menjadi jurubank kepada bank-bank perdagangan sebagai penjaga rizab
tunai dan rizab berkanun bank perdagangan, menyelaraskan hutang antara bank,
sebagai sumber pinjaman terakhir bank-bank perdagangan.
- Mengawal kestabilan nilai wang dgn memastikan nilai RM sentiasa kukuh.
Bank pusat juga akan mengawal inflasi dan deflasi yang berlaku dalam negara.


(d) Tiga cara intitusi kewangan bukan bank menerima deposit dari orang ramai
ialah :-
- Akaun simpanan dan akaun simpanan tetap di Bank Simpanan Nasional.
- Premium insurans bagi pelanggan yang membeli polisi insuran dari
syarikat2 insurans
- Caruman KWSP iaitu simpanan wajib pekerja untuk hari tua.

Soalan 2 SPM 2010

- Isi rumah adalah sebuah keluarga atau sekumpulan i
individu yang tinggal bersama.
- Sama-sama membuat keputusan ekonomi.
- Membekalkan faktor pengeluaran kepada firma
- Sebagai pengguna barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan firma.
- Objektif penggunaan ialah utk memaksimumkan kepuasan.

2 (b)(i) Barang dan barang Y adalah barangan penggenap.

(b)(ii) Bila harga naik, kuantiti yang diminta terhadap X akan jatuh.
Oleh kerana Y adalah penggenap barangan X maka permintaan utk
Y akan jatuh.
Contohnya harga petrol naik akan menyebabkan permintaan ke atas
kenderaan bermotor seperti kereta akan jatuh.

(c)(i) Nilai P = 40 dan nilai Q = 60

(c)(ii)

(a) Output 0-3 unit, KP dan Kos Sut menurun,
KP lebih besar dari Kos Sut bagi setiap peringkat keluaran
dari output 1 hinnga ke 3 unit.

(b) Output 3-4 unit, KP masih menurun, manakala kos sut mula menaik,
KP menurun dari 70 ke 60 pada output ke 4 manakala
KS mula naik dari 20 ke 30.

(c) Output 4 -6 unit KP mula meningkat dari 60, 62 dan 70. KS juga
terus meningkat. Pada outpu ke 5 dan ke 6 KS mengatasi KP.

(d) Lima faktor lain selain dari kemajuan teknologi ialah :-
- Harga faktor pengeluaran jatuh.
- Jangkaan harga akan jatuh
- Dasar kerajaan mengurangkan cukai terhadap barangan elektronik
- Matlamat pengeluar untuk memaksimumkan jualan
- Harga barang lain, contohnya harga radio jatuh.

Monday, December 20, 2010

Soalan 1 SPM 2010

1(a)

Masalah ekonomi yang dihadapi kerajaan ialah kekurangan kewangan keranan peruntukan hanya RM4 juta berbanding dengan peruntukan bagi melaksanakan kedua-dua projek sekali gus.( 2m)

Bagi menyelesaikan masalah kekurangan, kerajaan perlu membuat pilihan sama ada untuk membina projek tebatan banjir sunga Pari atau pun Kompleks Sukan Komuniti Taiping. (2m)

Pilihan yang dibuat kerajaan adalah berdasarkan kepada memaksimumkan kebajikan rakyat. Jika kerajaan memilih untuk membina Tebatan Banjir Sungai Pari, maka kos lepasnya ilah Kompleks Sukan, iaitu projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan. (2m)

1(b)(i)
Sistem ekonomi di negara asal Martina ialah sistem ekonomi sosialis atau perancangan Pusat (1m)

(ii) Sistem Ekonomi di negara Noor ialah sistem ekonomi kapitalis yang mana penentuan harga barang dan perkhidmatan ditentukan oleh mekanisme harga atau oleh permintaan dan penawaran. Manakala di negara Martina oula ditentukan oleh kerajaan. (2M0

Sistem ekonomi di negara Noor, pihak pengeluar bebas membuat keputusan barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Manakala di negara Martina, keluaran ditentukan oleh kerajaan. (2m)

Motif pengeluaran di negara Noor adalh untuk memaksimumkan keuntungan, manakalah motif keluaran di negara Martina untuk kebajuikan rakyat. (2m)

1(c)(i)

(a) Harga purata 2007 = 100 + 300 di bahagi 2 (sebab hanya dua barang X dan Y)
= 400/2
= 200


(b) Upah benar 2009 = 5000 dibahagi dengan harga purata 2009 (160 + 400 dibahagi 2)
= 5000/280
= 17.857

(ii) Upah benar tahun 2007 ialah 20 lebih besar berbanding upah benar 2009 17.857.


(d)
Potongan wajib terdiri daripada :-
- KWSP iaitu potongan dari gaji bulanan pekerja untuk tujuan simpanan hari tua pekerja. Biasanya 11% dipotong dari gaji pekerja. (2m)

- Cukai pendapatan merupakan sejumlah cukai yang dikenakan oleh kerajaan yang tidak dapat dielakkan oleh pembayarnya apabila terdapat lebihan wang setelah dipotong dengan pelepasan2 cukai. (2m)

- Zakat merupakan bayaran yang dikenakan terhadap orang2 Islam yang mana pendapatannya mencukupi nisabnya. 2.5% dari jumlah pendapatan tahunannya wajib untuk zakat. (2m)

Jawapan Kertas 1 SPM 2010 - 11.15 am 20 Dec 2010

1. C
2. C
3. A
4. C
5. A

6. B
7. B
8. A
9. C
10. A

11. A
12. D
13. B
14. B
15. B

16. B
17. D
18. C
19. B
20. A

21. B
22. C
23. C
24. D
25. B

26. D
27. C
28. D
29. A
30. B

31. B
32. A
33. B
34. C
35. B

36. A
37. C
38. D
39. C
40. C