Friday, January 29, 2010

Bank Perdagangan

Peranan Bank Perdagangan/institusi kewangan dalam pembangunan ekonomi:-

1. Pembentukan Modal

Segala simpanan/tabungan semasa atau tetap, digunakan oleh bank sebg sumber kewangan untuk pembentukan modal Bank akan gunakan modal2 ini sebg Modal Pelaburan dlm aktiviti2
pembangunan lain seperti dlm bentuk Harta Tanah, Perniagaan, Projek2 Perumahan dll

Orang ramai akan dapatkan modal drpd bank dlm bentuk Pinjaman/Overdraf/Mendiskaunkan Bil2 Pertukaran , bagi menolong peniaga2 mendapatkan modal segera
Kemudahan2 ini akan menggalakkan Pelaburan yang akhirnya dpt meningkatkan pemb. ekonomi negara.

2. Sebagai Orang Tengah antara Peniaga dan Pelanggannya

- Bank sebg agen pembayaran dan penerima bayaran kepada sesuatu urusniaga yang menggunakan Cek/Bank Draf/Perintah Sedia Ada/Pemindahan Kredit/Kad Kredit/Arahan Kepada Bank.

- Kegiatan2 ini menggalakkan Pelaburan, yang akhirnya dapat meningkatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

3.Memberi kemudahan dalam Perdagangan Antarabangsa

- Dgn adanya kemudahan2 PAB di bank, Bank akan dapat meluaskan pasaran antarabangsa.

- Perkhidmatan2 tersebut spt Khidmat Pertukaran Asing/Cek Kembara/Surat
Kredit/Mendiskaunkan Bil kepada pengeksport dan pengimport.

4. Kemudahan2 lain berhubung dengan pembangunan perniagaan

- Khidmat Nasihat - berhubung dgn aspek pelaburan dan aspek perniagaan

- Peti Simpanan Selamat/Peti Simpanan Malam/Pemegang Amanah/ Kad ATM dll

* Soalan mengenai hubungkait fungsi sesuatu institusi kewangan spt bank perdagangan adalah bentuk soalan KBKK. Untuk itu, calon perlulah mengaitkan fungsi sesuatu institusi kewangan dengan perkara-perkara berikut :-

- Pembentukan modal dalam negara akan menggalakkan aktiviti pelaburan dan perniagaan.
- Pertambahan pelaburan akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
- Meningkatkan lagi keupayaan perdagangan antarabangsa dan menambahkan pengaliran masuk wang asing.
- Melicinkan dan membantu masyarakat menerusi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
- Menambahkan kutipan cukai kerajaan menerusi aktiviti pelaburan dan perniagaan. Ini membantu menambahkan lagi pelaburan kerajaan untuk pembangunan rakyat.

Sunday, January 24, 2010

Wang & Bank -

Tajuk Permulaan bagi tingkatan 5 bermula dengan tajuk Wang dan Bank.

Sub topik bagi tajuk wang :-

- Definisi wang
- Ciri-ciri Wang
- Fungsi Wang
- Jenis wang
- Kelemahan sistem barter


Bank :-

- Bank Perdadagangan
- Bank Islam
- Bank Saudagar
- Bank Pusat
- Institusi Kewangan Bukan Bank

Bank Perdagangan :

Fokus kajian tentang peranan, perbezaan peranan dengan bank-bank lain spt. bank saudagar dan bank pusat serta syarikat kewangan.

Bagi mengetahui pelajar benar-benar dapat membezakan antara bank perdagangan dengan bank-bank lain yang dipelajari, pelajar hendaklah memberikan nama-nama bank di sekitar bandar atau bank yang terdapat pada iklan TV.

Jika pelajar dapat menyenaraikan nama-nama bank perdagangan dengan tepat bermakna pelajar tidak keliru dengan pelbagai jenis bank dan institusi kewangan yang dipelajari.


Tajuk : Bank Perdagangan

Uji diri :

1. Namakan 8 bank perdagangan yang anda tahu.

2. Senaraikan fungsi bank perdagangan

3. Bagaimana bank perdagangan dapat membantu membangunkan negara.

4. Bezakan bank perdagangan dengan peranan bank saudagar, bank pusat dan syarikat kewangan.

* Soalan yang sering ditanya ialah mengenai fungsi/peranan bank perdagangan.


Secara ringkas fungsi bank perdagangan ialah :-

1. Menerima simpanan dari orang ramai.
2. Memberi pinjaman
3. Agen pembayar dan penerima
4. Mengeluarkan draf bank dan cek kembara
5. Tukaran wang asing
6. Khidmat nasihat pelaburan
7. Mendiskaunkan bil/surat jaminan.

Manakala fungsi bank dalam membantu membangunkan negara ialah :-

1. Sebagai institusi pembentukan modal pelaburan.
2. Memudah dan melicinkan urusniaga antara peniaga dan pelanggan menerusi khidmat yang disediakan seperti kemudahan bayaran dengan menggunakan cek.
3. Meningkatkan aktiviti perdagangan antarabangsa kerana bank menyediakan khidmat tukaran asing dan juga jaminan kepada pengimport/pengeksport menerusi khidmat diskaun bil pertukaran dan surat kredit.
4. Selain itu bank perdagangan membantu membangunkan negara dengan menyediakan khidmat-khidmat seperti nasihat pelaburan dan perniagaan dan juga menyediakan peti simpanan selamat.

Semoga dengan nota ringkas di atas dapat membantu pelajar menjawab soalan berkaitan dengan bank perdagangan.